UNIT KESIHATAN UITM KAMPUS PUNCAK ALAM

Pengenalan

Perkhidmatan Kesihatan Pelajar adalah merupakan satu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada pelajar UiTM. Ia juga dikenali sebagai Unit Kesihatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Unit Kesihatan ini mula beroperasi di 2 unit rumah banglo berkembar yang terletak diantara Kolej Kediaman Pelajar Rafflesia dan Kolej Kediaman Pelajar Angsana di Kampus Puncak Alam pada Julai 2009 bagi menampung bilangan pelajar di dalam dan luar kampus. Pada pertengahan tahun 2014, satu Unit Kesihatan lagi di bawah pembangunan projek PF1 dijangkakan akan siap untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.
Semasa ini Unit Kesihatan di ketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD54 dibantu oleh 12 orang staf sokongan. Staf sokongan di Unit Kesihatan adalah seperti berikut
Penolong Pegawai Perubatan U29 - 2 orang
Jururawat U29 - 2 orang
Penolong Pegawai Farmasi U29 - 1 orang
Juruteknologi Makmal Perubatan U29 - 1 orang
Jururawat Masyarakat U19 - 1 orang
Pembantu Perawatan Kesihatan U11 - 1 orang
Pembantu Operasi (Pemandu Ambulan) H11 - 2 orang
Kesemua staf sokongan ini merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam dalam memberi rawatan kepada para pelanggan.


KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

1) Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar berserta khidmat nasihat kesihatan sepanjang
waktu pejabat.
2) Perkhidmatan Rawatan Kecemasan pada bila-bila masa sepanjang berada di kawasan
Kampus Puncak Alam.
3) Perkhidmatan Ujian Makmal seperti ujian darah dan air kencing.
4) Perkhidmatan Ambulan kepada pelanggan terutama bagi kes-kes kecemasan,
rawatan susulan / rujukan di klinik / Hospital kerajaan dan kemudahan ` standby’
dalam acara rasmi seperti carnival sukan.
5) Perkhidmatan Wad Sementara ( Sickbay ) bagi merawat kes-kes kecemasan yang
memerlukan pemerhatian lanjutan semasa rawatan diberikan dan persediaan sebelum
pesakit dihantar ke hospital.
6) Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan bagi program ko-kurikulum pelajar.
7) Perkhidmatan Bantuan Perlindungan Perubatan ( medical Cover ) dalam acara rasmi
UiTM Kampus Puncak Alam yang berisiko tinggi.
8) Perkhidmatan Pinjaman Peti Pertolongan Cemas ( first aid box ) dan Peralatan Alat
Sokongan Kecederaan bagi yang memerlukan.
9) Perkhidmatan Pemeriksaan Permis Makanan bagi semua gerai makanan di dalam
kampus secara berkala dengan kerjasama dari Pegawai Kesihatan dan Persekitaran,
Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.
10)Perkhidmatan Ceramah / Taklimat Kesihatan kepada warga UiTM yang memerlukan.


Friday, 1 July 2016

Aktiviti - aktiviti Klinik

Hari Keluarga adalah satu cara untuk mengekalkan keeretan antara staf di UKPA dan juga untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Percutian ke Langkawi telah diusahakan oleh semua bagi mencapai matlamat Hari Keluarga pada tahun ini.


Monday, 2 May 2016

Mari Bersenam!

MARI BERSENAM

    Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam telah mengadakan senaman pada setiap petang Rabu atau petnag Jumaat dari bulan Februari sehingga bulan April. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan staf unit kesihatan dan mengeratkan lagi hubungan antara staf-staf. Hampir setiap minggu, seorang fitness coach akan dijemput untuk berkongsi pengalaman dan ilmu mereka dari segi cara-cara untuk menyihatkan tubuh badan.

***************************************************************************


Friday, 4 December 2015

BULETIN

Audit QE/ 5S telah dijalankan pada 3/12/2015 oleh juruaudit dalaman dari Pusat Kesihatan..Diketuai oleh Pn Rokiah dan 2 lagi juruaudit iaitu Pn Saadiah dan Pn Siti Khatijah..

.








Friday, 20 November 2015

INOVASI / KAIZEN

Inovasi petama yang dihasilkan oleh ahli kumpulan Topaz ialah tempat letak kad penyelenggara penghawa dingin......sebelum ini kad hanya diselitkan di tempat remote aircond..dengan menggunakan filem x -ray pelajar yang sudah tamat tempoh kita cuba hasilkan tempat letak kad supaya lebih kemas dan tersusun..Filem x-ray dipotong dan ditampal...untuk mencantikkan kita hiaskan dengan riben berwarna...dan ditampal disemua bilik atau kawasan yang mempunyai kad penyelenggara penghawa dingin....dapat menjimatkan kos ...





Penjimatan kos untuk membuat kad penyelenggara ialah...
                       Reben berwarna  : Segulung RM 4 / 16 keping  = 0.25
                       Harga sekeping kad  penyelenggara sebenar yang dijual  Rm 2.00
                       Harga sekeping kad inovasi adalah = 0.25
                       Penjimatan kos  : Rm 2.00- 0.25  = Rm 1.75
                                   


 &&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&



Inovasi ke dua dari kumpulan kami ialah hasil buangan dari penutup botol normal saline dan penutup botol air mineral...diambil dan ditebuk lubang dan dijadikan sebagai pengikat langsir..sebelum ni kita hanya mengikat menggunakan langsir sendiri..agak kurang kemas sebab bila diikat berlainan saiz...untuk seragamkan kami menggunakan pengikat yang sama untuk semua langsir....menjimatkan kos sebab menggunakan barang buangan....














Penjimatan kos untuk membuat pengikat langsir ialah...
                                      Segulung tali getah  : Segulung RM 3 /14 keping  = 0.20
                                      Butang 1.40/ 14 : Rm 0.10
                                      Harga satu pengikat langsir  sebenar yang dijual  Rm 10.00
                                      Harga pengikat langsir inovasi adalah =0.30
                                      Penjimatan kos  : Rm 10.00- 0.30  = Rm 9.70


                        ##############################################################


Berikutan peningkatan jumlah pelajar di UiTM Puncak Alam mengakibatkan jumlah fail pesakit bertambah..tidak dapat menambah kabinet kerana ruang yang ada sangat terhad...inilah inovasi yang telah dilakukan


semasa 





 Penjimatan kos untuk membuat rak fail ialah...
                            Semeter tikar getah  RM 5.50 x 4 meter =  RM 22.00
                            Papan lapis : RM 40.00
                            Hasil dari inovasi telah menghasilkan 2 rak fail
                            Harga sebuah rak fail   sebenar yang dijual  RM 55.00
                            Harga sebuah rak fail  inovasi adalah = RM 31.00
                            Penjimatan kos  : RM 55.00- RM 31.00  = RM 24.00


                    $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



Inovasi seterusnya kita lakukan di farmasi berkaitan pertambahan ubat dengan ruangan yang terhad dan sempit......







                   @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@






LATIHAN

LATIHAN DALAM KUMPULAN


Demo penggunan portable suction dilakukan pada  6/10/2015 oleh Cik Geetha dari Syarikat Maycare









Cik Geetha menerangkan cara penggunaan portable suction pum kepada semua staf Ukes. Bersesuaian untuk digunakan di dalam ambulan jika berlaku kes kecemasan.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Latihan berkumpulan cara penggunaan 'Ez Glide with Powertraxx- Stair chair' pada 13/01/2016














Thursday, 19 November 2015

Buletin Topaz-Majlis Perpisahan

Majlis perpisahan staf Unit Kesihatan Dengkil diadakan pada 18/11/2015....majlis dihadiri oleh semua staf UKES di RestorenDe'Chiengmai Thai, Sungai Buloh....3staf dari UKES akan berpindah ke Unit Kesihatan Dengkil pada 26/11/2015.

erm....sedap.....

ucapan dari Dr Wan dan Dr Masyitah





ucapan dari jannah dan zue

bergambar beramai-ramai