UNIT KESIHATAN UITM KAMPUS PUNCAK ALAM

Pengenalan

Perkhidmatan Kesihatan Pelajar adalah merupakan satu perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada pelajar UiTM. Ia juga dikenali sebagai Unit Kesihatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Unit Kesihatan ini mula beroperasi di 2 unit rumah banglo berkembar yang terletak diantara Kolej Kediaman Pelajar Rafflesia dan Kolej Kediaman Pelajar Angsana di Kampus Puncak Alam pada Julai 2009 bagi menampung bilangan pelajar di dalam dan luar kampus. Pada pertengahan tahun 2014, satu Unit Kesihatan lagi di bawah pembangunan projek PF1 dijangkakan akan siap untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.
Semasa ini Unit Kesihatan di ketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD54 dibantu oleh 12 orang staf sokongan. Staf sokongan di Unit Kesihatan adalah seperti berikut
Penolong Pegawai Perubatan U29 - 2 orang
Jururawat U29 - 2 orang
Penolong Pegawai Farmasi U29 - 1 orang
Juruteknologi Makmal Perubatan U29 - 1 orang
Jururawat Masyarakat U19 - 1 orang
Pembantu Perawatan Kesihatan U11 - 1 orang
Pembantu Operasi (Pemandu Ambulan) H11 - 2 orang
Kesemua staf sokongan ini merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam dalam memberi rawatan kepada para pelanggan.


KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

1) Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar berserta khidmat nasihat kesihatan sepanjang
waktu pejabat.
2) Perkhidmatan Rawatan Kecemasan pada bila-bila masa sepanjang berada di kawasan
Kampus Puncak Alam.
3) Perkhidmatan Ujian Makmal seperti ujian darah dan air kencing.
4) Perkhidmatan Ambulan kepada pelanggan terutama bagi kes-kes kecemasan,
rawatan susulan / rujukan di klinik / Hospital kerajaan dan kemudahan ` standby’
dalam acara rasmi seperti carnival sukan.
5) Perkhidmatan Wad Sementara ( Sickbay ) bagi merawat kes-kes kecemasan yang
memerlukan pemerhatian lanjutan semasa rawatan diberikan dan persediaan sebelum
pesakit dihantar ke hospital.
6) Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan bagi program ko-kurikulum pelajar.
7) Perkhidmatan Bantuan Perlindungan Perubatan ( medical Cover ) dalam acara rasmi
UiTM Kampus Puncak Alam yang berisiko tinggi.
8) Perkhidmatan Pinjaman Peti Pertolongan Cemas ( first aid box ) dan Peralatan Alat
Sokongan Kecederaan bagi yang memerlukan.
9) Perkhidmatan Pemeriksaan Permis Makanan bagi semua gerai makanan di dalam
kampus secara berkala dengan kerjasama dari Pegawai Kesihatan dan Persekitaran,
Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.
10)Perkhidmatan Ceramah / Taklimat Kesihatan kepada warga UiTM yang memerlukan.


Monday 2 May 2016

Mari Bersenam!

MARI BERSENAM

    Unit Kesihatan UiTM Puncak Alam telah mengadakan senaman pada setiap petang Rabu atau petnag Jumaat dari bulan Februari sehingga bulan April. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan staf unit kesihatan dan mengeratkan lagi hubungan antara staf-staf. Hampir setiap minggu, seorang fitness coach akan dijemput untuk berkongsi pengalaman dan ilmu mereka dari segi cara-cara untuk menyihatkan tubuh badan.

***************************************************************************